Assalamualaikum
Alhamdulillah. Asasi dah tamat. hee. Result pun dah dapat.
Bukan rezeki nak dapat 4flat seperti yg diimpikan. Takpe aku redha :) .
Walaupun kadang-kadang rasa sakit didalam bila teringat hajat nak jadi doktor mungkin tak kesampaian.
Tetapi positifkan juga hati, mungkin Allah nak bawa aku ke jalan yang lebih baik. Perjalanan yang lebih menarik. Temu kan aku dengan orang baik-baik. Dan yang paling penting, Allah sedang menegur aku, mungkin kerana aku tak cukup lagi dekat denganNya.
Sedikit terkilan bila parents kecewa. Walaupun tak tunjuk dan tak cakap, tapi jelas kelihatan dari air muka diorang. Sorry :( .
Rezeki Allah ada dimana-mana.
Inshaa-Allah.
Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan keikhlasan dalam hati ini.