Ramadhan dah habis. So,
Apa khabar iman kita?
Soalan lazim :)
Ape2 pun,
Semoga Allah terima amalan kita semua.
Raya cemana?
Makin tua makin hambar?
Betul la tu,
Lagi2 kalau yg tua dah tiada
seperti atuk nenek,
atau ibu bapa.
May Allah Bless Them (:
Raya saya,
Pakcik2 Makcik2 semua sibuk bicara tentang saya yg ingin ke mesir.
Ya,
Cerita Mesir semakin hangat.
Bumi Mesir sedang dalam musibah.
Dan sulit untuk kami kesana sebagai pelajar.
Semoga Allah permudahkan, Aamiin (:
Raya lagi,
Masih dapat duit raya, Alhamdulillah
Semakin berganda yang penting :p
Cousin pun dah ramai yang kerja,
duit kepuk-kepuk . haha
Ke poket hamba lah jawapannya.
Kita masih raya,
ke rumah saudara,
si kecil hulurkan permainan,
kereta sport yang boleh di control jarak jauh dihulurkan -.-
ohh, Ana dah besar, maka ana tolak..
dia hulurkan tablet pula,
mengajak ana bermain bersamanya..
Untung budak ni, baru 5 tahun.
SUDAH ADA TABLET.
Raya tapi umur dah tua,
Umur ana semakin naik, tetapi masih belasan tahun eh! :p,
tapi muka ana matured + badan pulak x kecil molek,
SUDAH MULA ADA URA-URA UNTUK DIJODOHKAN
DENGAN DIA DIA DAN DIA JUGA.
Mohon maaf,
Ana x sedia .
Potong bawang pun masih terkial-kial,
AMPUN.
Raya hoi,
Dikampung ana meriah,
sepupu sepapat main mercun setiap malam,
berturut-turut,
tetapi ana tak dapat join,
kurang kemeriahan,
bukan mercun yang ana kesalkan,
ukhwah yang terjalin kian renggang,
kerana ana jarang bersama mereka lama-lama.
Tambah lagi ana banyak diam,
kerana malu dengan sepupu lelaki ,
tahape2 je perangai ana ni.
Sudah dianggap sombong. takpe :(
So , ana masih disini,
bersama ibu bapa di Malaysia.
Jika diizinkan Allah, ana ke mesir kurang dari sebulan.
InshaAllah.
Doakan semoga semua dilancarkan. Aamiin