Tuesday, 4 November 2014

RESAH

Assalamualaikum

Menjadi seorang remaja yang sudah melangkah ke alam dewasa
tidak banyak mematangkan diri ini.
Aku masih tercari-cari tujuan hidupku.
Penat, lelah dan kadang-kadang malas mahu fikir lagi.

Terperangkap dengan soal hati,
Terperangkap dengan persahabatan,
Terperangkap dengan assigments,
Terperangkap dengan dosa2 lalu,

Ya, aku masih lagi hidup dalam penjara ilusi aku sendiri.
Kadang aku mahu tetap didalam,
Kadang aku mahu melangkah keluar mencari sinar baru.

Apabila ada sinar yang memancariku,
Kunci penjara ilusiku melonggar,
Aku masih tidur.

Disaat keadaan sudah kelam,
Kunci yang terbuka kian mengetat.
Saat aku aku kabut mencuba membukanya.
Aku menyesali peluang yang ada.

Peluang yang terbuka, aku sia siakan,
Aku terperangkap dengan emosi dan fikiran aku sendiri.
Aku resah.
Resah, kenapa begitu payah aku mahu terus berada dilandasan cahaya yang menerangi jalanku sebelum ini.
Aku sering sahaja terjatuh ke lopak2 air yang dalam ,
Tersangkut disini dan terpalit kesan kotoran.
Kotoran degil yang payah untuk dihilangkan
Bukan kerana ia tidak boleh dihilangkan,
tetapi aku yang tidak mencuba sedaya upaya.

Jadi aku resah.
Mengapa aku begini