Wednesday, 26 February 2014

Perjalananku

Assalamualaikum

Telah jauh aku berjalan,
Sudah banyak aku menapak,
Dari kesan yang cantik, molek, indah dipandang,
Sehingga yang huduh, rosak dan buruk,
Corak tinggalan bekas aku menapak.

Sepanjang perjalanan itu,
Banyak yang telah aku lihat,
Banyak yang telah aku alami,
Ku lalui itu semua dengan pilihanku.

Ya, takdir itu tetap,
Langkahan ku adalah untuk menggapainya,
Tetapi tapak demi tapak aku melangkah,
Adalah rentakku.
Rentak yang aku pilih.

Retak seribu, ada juga yang retak satu.
Kerana aku bukan manusia sempurna.
Gagal aku untuk menapak tanpa retak.

Sehingga ke suatu titik persinggahan.
Aku ternampak pelangi indah,
Bunga-bunga mekar menghiasi suasana.
Ingin sekali aku,
Hidup di keindahan itu.

Lalu, aku disinari sang cahaya,
Menyuluh jalan-jalan gelapku,
menuju ke tempat yang indah itu.

Lalu, aku juga dihadiahi teman,
Mengiringi langkah-langkahku,
menuju kesana,
Mereka kuatkan aku untuk terus berjalan,
Untuk tetap berada dilandasan cahaya itu,
Agar aku tidak lagi berpaling,
Membuat persimpangan baru,
yang menjauhi tempat indah itu.

Kini aku semakin teguh, dan yakin.
Aku mahu hidup dengan suasana indah itu.
Setiap yang aku lakukan,
terasa manis sekali.
Tidak pernah aku berkeluh kesah.
Kerna inilah jalan yang sangat indah.

Ketika aku berpaling kebelakang,
Lenyap sudah kegelapan yang dahulu,
kerna sudah ditutupi pintu cahaya yang mengiringi langkahku.

Langkahku semakin bersinar,
Dan aku sedar,
Kesan tapakku tiada yang retak
Malah coraknya yang indah.
Mengukir kan lagi keindahan dalam setiap langkahku.

Aku bahagia dengan hidupku.

Cahaya hidayah yang mengiringi.
Sahabat yang baik terus menasihatiku,
Kehidupan yang indah berserta kemanisan iman,
Aku teruskan lagi perjalanan,
Menuju ke satu matlamat,
Mencari Redha-Mu Ya Rabb