Saturday, 27 July 2013

Doa Untuk Aku

Assalamualaikum 

Tajuk acah-acah novel Behruddin Bekri.

Selalunya, kalau bukan bulan Ramadhan,
Abah ke surau setiap subuh, maghrib dan Isyak.

Ada sekali tu,
mungkin abah ingat tiada orang dirumah,
kerana ummi keluar kerana ada urusan,
Abah menjerit-jerit namaku untuk memastikan ada orang atau tidak,
Yang pasti aku ada dibilik,
aku keluar apabila mendengar namaku dipanggil.

"Kenapa bah?"
"Kau ada? Nak kirim ape-ape?"
"Abah nak pegi mana?"
"Surau"
"Heheh, kalau camtu kirim doa je la"
Dan abah pun gelak..

Abah gelak mungkin kerana aku jarang sekali meminta doa darinya,
kalau bukan time exam.

So, here geng ,
selalu minta ibu bapa doakan kita. :)

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Alhamdulillah,
cgpa untuk asasi saya cuma 3.78 , tiada 4.00 seperti yang diharapkan.
maka tiadalah juga bidang perubatan untuk ijazah sarjana muda.
maka cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor terkubur begitu sahaja.
hihih.. alangkah sedihnya .

TETAPI,

Alhamdulillah,
Allah beri akupeluang lain,
DIA memberikan kelapangan dada , rezeki yang mencukupi,
Keredhaan daripada parents,
Sokongan daripada sahabat dan keluarga besar,
Untuk meneruskan cita-cita,
menjadi seorang doktor Insha Allah , ke bumi mesir.

Bergolak?
InshaAllah, ditempat yang ingin aku pergi ni aman.
InshaAllah, DIA ada untuk menjagaku,
Hanya doa dan restu kalian aku inginkan.
Doa lah untukku yang baik-baik.

Aku kini bakal bermusafir ke tempat orang,
Aku kembara ke negeri mesir,
Kembaraku bukan kembara kosong,
Aku pergi dengan harapan,
Beserta iringan doa ibu bapa,
Beserta pengharapan orang tuaku,
Untuk aku pulang bersama segulung ijazah,
Dan mencapai cita-cita ku untuk menjadi seorang DOKTOR.

Semoga aku menjadi orang yang berguna,
Bukan seorang yang sia-sia.