Saturday, 1 March 2014

Aku merajuk!!

Assalamualaikum

hari ini aku ke tesco,
bersama wanita hebat yang sangat aku sayangi.
Ummi ku.

ketika berjalan-jalan dalam pasaraya,
aku kena marah dengan ummi kerana bersenang hati
mencapai barang-barang masuk dalam troli.

Hmm :(
"Beli yang perlu je. Jangan membazir!"

Okay disini terserlah ,
kesentapan ku.
Aku pun bawa diri berjalan-jalan sendirian,
Mengelak dari troli,
kerana tangan aku masih gatal nak ambil barang lagi
dan masuk dalam troli.

Aku keluar dari pasaraya,
Lepak di kedai buku.
Hmm indah nya dunia lepak di bookstore ni !
Ya, aku suka buku. Nanti aku nak buat library besar dalam rumah sendiri.

Aku tertarik dengan satu buku.
Lama aku belek, dan aku letakkan semula di rak.
beralih ke satu-satu buku.
dan aku kembali ke buku tadi.

"nak beli ke taknak eh." aku bermonolog
heyy ... tgk harga buku, hmm ok la RM23.00 je.
tgk duit .. hmm okay juga la.

aku letak kembali ke rak.
kedekut betul aku ni..

aku keluar dari kedai buku. aku ke kedai haiwan.
comeln gilaaaaaaa gilaaaaa gilaaaaaaaaaa!!!!!!! kucing tikus biawak ular semua ada.

aku balik semula ke kedai buku.
"hmmm, x senang hati pulak, beli la buku ni"\
Aku beli buku tadi.


itu bukunya. Hebat arwah Ammar ni :), Al-Fatihah.

Menitis air mata aku baca buku ni. Yepp.. Dia hebat, sungguh hebat. Aku kagum dengan dia. 
Meninggal ketika seusia dgn aku, 20. Dia sudah memanfaatkan hidupnya dengan sebaiknya.

aku terfikir,
jika aku mati sekarang? 
apa manfaat yang telah aku sumbangkan untuk ummat Islam?
sedangkan aku diciptakan sebagai khalifah.