Sunday, 21 September 2014

oh hati!

Assalamualaikum

Sem baru sudah start. minggu ketiga, agak menyesakkan
Assigment quiz lecturer semua menggerunkan
emmmmm so scared sooo scared
...................................................................................................

Lagi yang menggerunkan adalah soal hati!
 
Bagaimana menjaga hati, bagaimana :(
Susahnya bila dikelilingi lelaki tough dan handsome ni.
Yes, budak batch saya lelaki sangat ramai serta handsome.
hahahah gataiiiii!

Sudah aku cuba untuk menafikan perasaan yang berkunjung tiba.
Sudah banyak kali juga aku tepis anasir yang ingin bertamu di hati.
Sudah aku pagar dan kunci erat hati ini dari sang lelaki.
Tetapi dengan yang seorang ini, ada sedikit getar.
Getaran yang juga telah aku cuba usir dan berjaya
Tetapi semakin menjadi-jadi apabila dia kerap memberikan eye-contact
Sudah aku cuba menjauhinya, Tidak pernah sekalipun aku cuba memandangnya.
Tetapi mata ini selalu sahaja bertaut secara tidak sengaja.

Jika tentang jodoh jauh sekali untuk aku mengiyakannya.
Perjalanan masih panjang.
Mungkin ini satu ujian.
Oh hati,
Kuatlah.

Kerana jodoh dan maut, keduanya adalah rahsia dari-Nya